


Gunung Rapat, Ipoh 24 November - Satu majlis berkhatan telah diadakan di rumah bernombor 52, Gunung Rapat Ipoh. Majlis yang sederhana dan ringkas tetapi penuh bermakna telah dihadiri oleh jiran tetangga dan saudara terdekat. Terima kasih kepada Abang Adlin dan Kak Mas kerana menjemput saya merakamkan saat bersejarah bagi anak mereka iaitu Megat Khairil Azlan bin Adlin Azam. Pada keesokkan harinya jam 10.30 pagi majlis berkhatan telah berlangsung dengan selamat di klinik yang berhampiran. Azlan…selamat menempuh alam dewasa… ![]()

Kg. Temiang Ipoh 20 Oktober - Satu majlis perkahwinan yang gilang gemilang
telah diadakan di Kg.Temiang, Ipoh. Saya sebagai photographer rasa bertuah
terlibat sama merakamkan saat indah majlis tersebut. Terima kasih kepada
keluarga pengantin dan sanak saudara yang memberi layanan begitu baik kepada
kami. Doa kami semoga pengantin yang diraikan akan beroleh kebahagiaan dari
Allah s.w.t hendakNya
……………………………………………………………….
- Sila hubungi saya untuk dapatkan fail gambar yang berkualiti tinggi.
- Sila klik galeri untuk lihat slide perkahwinan.
- Oops…jangan lupa onkan speaker anda kuat kuat..
- Sila klik player untuk mainkan slide di atas.
Untuk tempahan perkhidmatan photographer sila hubungi saya
zuL : 013 584 2404 / myalisa@streamyx.com

En. Nazri dan family yang dihormati, ikut langkah di bawah untuk download gambar
- Langkah 1- Sila klik di sini untuk download gambar ‘nazri.zip‘
- Langkah 2- Download dan install software PowerArchiver2007
- Langkah 3- Extract fail nazri.zip dengan menggunakan software PowerArchiver2007
- Langkah 4- Save fail nazri.jpg ke dalam pendrive atau CD
- Langkah 5- Print di kedai gambar dengan saiz 10″ x 8″
- Langkah 6- Tempah frame gambar bersaiz 10″ x 8″ (jangan beli yang dah siap, takut tak muat nanti)
Gambar gambar yang lain akan diupload kemudian.
Wasallam zuL 013 584 2404

Dengan kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari mohon
keampunan andai ada salah silap yang lalu…..Salam Aidil Fitri.





